Inspirasi Pejuang Wanita Palestin : UMMU NIDHAL
22 Januari 2025 | 10:58:06 Pagi


Ibrah dari kisah Ummu Nidhal(Khansa' Palestin)

Maryam Muhammad Yusuf Farhaat dikenali sebagai Ummu Nidhal.Beliau dilahirkan di Gaza pada 24 September tahun !949.Dikurniakan enam orang cahaya mata,dan merupakan Ummu Syuhada dan telah melakar sejarah sebagaimana yang telah dilakarkan oleh tokoh-tokoh mujahidah yang terkenal.Qudwah mujahidah kita,Khaulah binti Al Azwar,Khasa',Nusaibah binti Ka'ab,Ummu saad bin muaz dan seumpamanya.Beliau sentiasa menyeru kaum wanita,pemuda pemudi Palestin dan Muslimin seluruhnya agar berjihad dan berharap Allah Taala mengurniakan kesemua anak-anaknya dikurniakan mati syahid dalam mempertahankan agamaNya.

Gelaran" Khansa' Palestin" yang diberikan kepada beliau,telah memberi kesan dalam beberapa dekad untuk membangkitkan perjuangan wanita palestin.Kisah pengorbanan beliau telah menjadi qudwah pengorbanan yang berhasil dalam mentarbiah putera-puteranya mempertahankan maruah tanahair.

Kemunculan Ummu Nidhal sebagai wanita hebat ini bermula sejak meletusnya intifadhah Al Aqsa pada tahun 2000 yang dilancarkan oleh As Syahid Ahmad Yassin.Seruan jihad Ummu Nidhal ini bukan hanya fasih dibir,bukan hanya bertinta di lembaran kertas,tetapi dibuktikan dengan penyertaan jihad tiga orang anaknya.Anaknya Muhammat Farhaat telah syahid dalam penyertaan medan jihad pada tahun 2002.Nidhal Farhaat syahid pada bulan Febuari tahun 2003 dan anak bongsunya Rawad Farhaat telah syahid pada tahun 2005.Seorang lagi anak beliau Wesam Farhat masih berada dalam tahanan penjara Israel.

Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kematian anak-anaknya ,bahkan beliau siap siaga menyerahkan kesemua anak-anaknya untuk mati syahid.Beliau pernah berkata ketika diwawancara oleh seorang pemberita mengenai kesyahidan anak-anaknya,"anak saya telah syahid.Pasti mereka akan memberi syafaat kepada saya dengan kesyahidan mereka.Sesiapa yang menyangi anak-anaknya berikanlah sesuatu yang paling berharga semampunya.dan perkara yang kita maklum sem,ua yang paling berharga adalah syurga.

Ummu Nidhal menghantar 3 orang anak lelakinya ke medan perang dan bergembira atas berita kesyahidan mereka,bahkan beliau menangis bila memikirkan tiba masanya nanti sudah tiada lagi anak lelaki yang bakal dihantar ke medan jihad.Ummu Nidhal bukan seperti ibu-ibu yang beremosi,sedih berjauh hatibila ana anak yang sudah jarang balik menziarahi keluarga di kampung,ibu yang amat-amat sedih bila anak-anak tidak menghulurkan wang sebagai sumbangan bulanan,bahkan ada ibu yang kemurungan bila dapat tahu si anak sangat sibuk dengan kerjaya tak ada masa yang lama dapat bersama ibu.Dia tidak peduli apakah dia tidak akan bertemu lagi dengan anak-anaknya baut selama-lamanya.Malah beliau redha menanggung kepiluan hati seorang ibu demi menyerahkan anak-anaknya ke medan jihad demi mempertahankan bumi Palestin tanah air tercinta.

Kehebatan Ummu Nidhal itu maka selayaknyalah beliau mendapat gelaran Khansa'Palestin.Nama Khansa;diambil dari nama Sohabiyyah yang terkenal dengan kesabaran dan kecekalannya di zaman Rasulullah  S.A.W. kerana semua anak-anaknya gugur syahid dimedan jidah bersama baginda Rasulullah S.A.W.Dan bagi Ummu Nidhal juga apa yang telah dilakukannya semua itu adalah demi sebuah perjuangan untuk mengusir penjajah dan mempertahankan bumi palestin

Antara kata-kata semangat yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal,"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan,tetapi jangan bimbang kerana bertemu Allah itu pula adalah suatu kegembiraan yang tak dapat digambarkan(mengatasi perasaan sedih tersebut)

Ceritanya."Saya sering mendengar teriakan anak-anak Palestin yang diburu oleh rejim Zionis.Suasana tidak aman itu sering berlaku di kawasan kediaman kami.Lalu saya mengambil inisiatif  bagi melindungi anak-anak ini,dengan meminta putera solung saya menggali lubang dibelakang rumah,menjadikan tempat persembuyiaan mereka.Saya niatkan apa yang saya lakukan ini dapat kemuliaan dari Allah dan dikira salah salah amal jariah kami sekeluarga .Muga Allah memuliakan kami sebagai keluarga pejuang.

Ketika anak sulongku berusia enam tahun,saya telah katakan padanya:Ibu mahu kamu berperang melawan  Israel Zionis dengan senjata,bukan dengan batu.Tanpa sedikitpun keraguan ,kebimbangan dalam hati saat itu.Saya juga membimbing dan mengarahkan anak saya ke medan juang demi mengusir penjajah.Semua itu saya lakukan kerana saya yakin semua ungkapan saya itu adalah demi kebaikan anak-anak saya.

Pesan saya lagi,jangan kamu rahsiakan semua informasi jihad dari pengetahuan saya,Segala pergerakannya dalam pemantauan saya,dan saya membantu untuk memberi motivasi dan semangat kepada mereka.

Tiada khabar yang paling mengembirakan saya ,apabila putera saya mula menyampaikan berita bahawa dia telah bergabung bersama Briged Al Qassam,sayap pejuang Hamas dan sedang siap siaga memegang amanah syahid ke medan peperangan.Allah telah maqbulkan cita-cita saya.

Bertapa keras dan lantang kalimah yang diungkapkan oleh Ummu Nidhal untuk membnagkitkan semangat perjuangan dikalangan pemuda dan pemudi Palestin,namun beliau sebenarkan tidak mampu memungkiri kehalusan hatinya yang sarat dengan naluri keibuan.Saat perpisahannya dengan putera sulongnya Muhamad  Fathi Farhat dia dan anaknya saling berpelukan kemudian keluar dari mulutnya sebagai seorang ibu yang melahirkannya,"Ibu tidak dapat membendung air mata hari ini,tetapi jangan percaya dengan air mata ini nak!Ini adalah air mata kebanggaan menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari.Pergilah menemui Rabb Mu dan berjihadlah.Tetaplah hatimu thabatlah,kekallah seperti itu sehingga engkau bertemu Allah Penciptamu.
Nisa Al-Khair © 2025
Sila tunggu sebentar....