Pengenalan:
Pertubuhan Kebajikan Nisa Alkhair (PPM-016-10-25072024) telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 25 Julai 2024. Pertubuhan ini ditubuhkan bagi menyokong aktiviti kebajikan di kalangan wanita dan kanak-kanak muslim di seluruh negara. Dengan prinsip-prinsip Islam sebagai panduan, persatuan ini bertujuan untuk memperkasakan wanita muslim melalui inisiatif yang menggalakkan penyertaan aktif dalam kerja-kerja kebajikan, sosial dan pembangunan komuniti.
Persatuan ini berkomitmen untuk menyediakan pelbagai bentuk bantuan, sokongan moral dan peluang bagi anak-anak yatim dan ibu tunggal untuk mencapai potensi penuh mereka dengan berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kasih sayang.
Visi:
Memajukan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak dengan memberikan sokongan menyeluruh dan inovatif yang memenuhi keperluan khusus mereka dan membina masa depan yang lebih cerah.
Objektif:
-
Meningkatkan Kesedaran Sosial: Mendidik dan menyedarkan wanita muslim tentang isu-isu sosial dan kebajikan serta menyediakan platform untuk mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat.
-
Menyediakan Bantuan Dan Sokongan: Menyediakan bantuan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan dalam komuniti, termasuk program-program bantuan kewangan, kesihatan, pendidikan dan keperluan asas.
-
Menyediakan Pendidikan Dan Latihan: Menyokong pendidikan anak-anak yatim melalui pemberian biasiswa, buku dan keperluan sekolah. Selain itu, menawarkan latihan kemahiran kepada ibu tunggal untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan mereka.
-
Memberi Sokongan Psikososial: Menyediakan sokongan emosi dan psikososial kepada anak yatim dan ibu tunggal melalui program kaunseling, sokongan kumpulan dan aktiviti komuniti yang dapat membantu mereka mengatasi cabaran peribadi.
-
Memperkasakan Wanita Muslim: Menyokong dan memperkasakan wanita muslim melalui pelbagai program latihan dan pembangunan diri serta memberikan peluang untuk mereka memainkan peranan aktif dalam masyarakat.
-
Mewujudkan Kerjasama Komuniti: Menjalin kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan organisasi lain untuk melaksanakan projek-projek kebajikan yang lebih luas dan berkesan.
-
Menggalakkan Amal Jariah: Menggalakkan amalan-amalan kebajikan yang berterusan dan memberi impak positif serta meyediakan peluang untuk menyumbang dalam bentuk masa, tenaga dan sumber.
-
Memelihara Nilai-Nilai Islam: Memastikan semua aktiviti dan program yang dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai Islam dan memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada anggota mengenai tanggungjawab sosial dalam kerangka agama.
Fokus Utama:
- Pendidikan
- Kesihatan
- Dakwah
Ahli Jawatan Kuasa: