Bakul Ramadan Untuk Golongan Asnaf
25 Februari 2025 | 2:41 Petang


BANTUAN UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan daripada para dermawan, Pertubuhan Nisa Al-Khair berjaya menyalurkan bantuan dalam Misi Bantuan Asnaf SMA Al-Falah, Batu Talam, Pahang yang berlangsung pada 14 - 15 Februari 2025.

📌 Jumlah Bantuan yang Disalurkan:
🤲 22 keluarga yang memerlukan
📚 21 pelajar untuk keperluan pendidikan

💰 Jumlah Sumbangan: RM10,000

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka yang memerlukan serta memberikan sokongan kepada para pelajar dalam meneruskan pendidikan mereka.

Terima kasih kepada para penyumbang yang budiman! Setiap sumbangan anda membawa kebahagiaan dan membantu mereka yang sedang diuji. Semoga Allah membalasnya dengan keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda.

✨ Teruskan Menyebarkan Kebaikan! ✨
Nisa Al-Khair © 2025
Sila tunggu sebentar....