1024
Tahanan Palestin hidup dalam keadaan yang sangat sukar.Keterangan tambahan daripada tahanan Gaza di Penjara Naqab mendedahkan penggunaan sistematik penyeksaan oleh Israel.
Kisah ini mendedahkan penyeksaan teruk dan keganasan melampau yang dialami oleh tahanan Palestin di penjara Israel.
Keterangan tersebut menceritakan:
Badan dipenuhi luka dan bisul akibat jangkitan kudis.
Menggigil akibat terdedah kepada cuaca sejuk.
Penyeksaan, penghinaan, dan dibiarkan menderita.
Seorang tahanan, dikenali sebagai (M.R) dari Bandar al-Sheikh Zayed, melaporkan dirinya dirantai, ditutup mata, dan tidak dapat bergerak selama 24 jam sehari. Dia turut diseksa semasa soal siasat.
Seorang tahanan lagi, dikenali sebagai (M.H) yang diculik dari Hospital Kamal Adwan, menceritakan dipukul sepanjang hari. Dia menggambarkan penderitaannya sebagai "kematian hidup," kerana dipaksa berlutut, dirantai, dan ditutup mata selama 27 jam.
Tahanan (H.R) menceritakan dia diseksa dengan air panas, manakala (J.S) menyatakan dia sudah tidak boleh berjalan kerana badannya dipenuhi luka
Sejak bermulanya pembunuhan beramai-ramai Israel yang sedang berlangsung, 54 tahanan Palestin telah meninggal dunia di penjara Israel akibat penyeksaan kejam dan kecuaian perubatan.
Sumber: QNN